Sunday, April 26, 2009

...wahai JIWA-JIWA yang TENANG...


Dia,
membawa aku jauh ke dalam diri,
melayarkan aku pada sebuah kedamaian,
menenggelamkan aku pada lautan ketenangan,
menghilangkan aku pada lembah kebahagiaan.
dan aku pula,
sering terlupa pada Dia,
biar selalu dipanggil oleh sebuah suara,
sebuah bisikan halus entah dari mana,
tapi selalu ada disini sana,
Dia memanggil kerana DIA menyeru,
aku si pelupa,
untuk kembali padaNYA,
DIA menyeru,
mari padaKU dekat denganKU,
kerana AKU tidak jauh dari hambaKU,
mari padaKU kembali denganKU,
lapangkan masamu untukKU,
pasti kesempitan tidak kau temu.
DIA menyeru dari pesanan berabad lama,
melalui kekasih penutup segala nabi dan rasul,
ditinggalkanNYA Dia,sebuah al-Quran,
berteman sunnah kekasihNYA,
pada aku dan pada kamu,
agar sampai arah dituju.
aku yang masih pelupa,
tuntunlah aku...
dia yang sentiasa setia,
pandulah aku..
DIA yang selalu kasih,
hidayahkanlah aku...
kerana padaMU segala cinta,
(..iman_2604..)
"bacalah olehmu al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya" (al-Imam Ghazali)
adab membaca al-Quran:
  • membaca dalam keadaan berwudhu'.
  • membaca dengan niat untuk mengkhatamkannya.
  • membaca dengan mentadabbur maksud ayat-ayat.
  • berinteraksi dengan ayat-ayat itu.
  • memulakan membaca al-Quran dengan ta'awuz.

(...101 doa para nabi dan rasul dalam Quran : khasiat dan kaifiat beramal,Ust Hj Zahazan Mohamed)

No comments:

Post a Comment