Friday, May 11, 2012

Petua Memudahkan Wanita Bersalin



salam semua :) selamat hari ibu buat semua ibu di dunia...kasih ibu membawa ke syurga....
sekarang ramai rakan saya yang sedang mengandung,ada yang sedang menunggu hari,tak kurang juga yang baru dapat tahu tentang berita gembira tersebut...bertuah dan beruntung sesiapa sahaja yang diberi peluang oleh Allah untuk menjadi seorang ibu...di sini saya ada dapat sedikit info tentang petua-petua bagi memudahkan ibu-ibu melahirkan....check it out!!!

Mula -mula sekali selalulah mengamalkan membaca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan. kemudian selalu-selalulah amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus terutamanya ketika hampir bersalin. Selain itu, amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat. Ada lagi,Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi. yang ini,saya pernah tengok sendiri (sepupu saya)..kulit dia bersih,sampai sekarang pun (dah 12 tahun umur dia) masih nampak kulit dia cantik...yang seterusnya boleh amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan dan makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi. Selain itu,amalkan juga minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan dan amalkannya seminggu 3 kali. Apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari. Akhir sekali, Bagi kulit bayi yang putih/ bersih, amalkan makan buah epal dan minum susu, selain meminum air soya. air soya ni memang elok tapi jangan di ambil secara berlebihan,nanti baby boleh dapat penyakit kulit sebab terlebih protein bila diambil berlebihan. 


dah macam bagi resepi pula...ehehe.....selain solat,baca Quran dan doa...usaha-usaha yang lain juga perlu tapi jangan berlebihan,lakukan secara sederhana,kerana sebaik2 sandaran hanya padaNYA...kita cuma berusaha...selamat menjadi ibu semua  bakal ibu!!..

Sunday, April 1, 2012

Bagaimana kamu memandang si pelaku maksiat???

perkongsian ilmu yang pertama setelah kembali..hee=)

kita selalu anggap yang kita lebih baik daripada seseorang...tambahan lagi bila kita rasa kita lebih mengetahui daripada yang lain..kita sering terlupa,kita pun banyak buat silap...banyak buat maksiat atas bumi tuhan ini..jom kita baca cerita kat bawah ni...mudah-mudahan ada manfaat untuk kita bersama... tulisan ini ditulis oleh encik Amir Mat..(maaf,saya terlupa sumbernya dari mana)..

Kenapa kamu melihat dirimu lebih baik daripada orang lain?Berjaga-jagalah wahai orang yang menuju jalan Allah!Janganlah kamu melihat orang yang berdosa atau orang yang bemaksiat dengan pandangan kehinaan.Ia adalah merupakan suatu keadaan yang merbahaya.Pandangan seperti itu dilarang!Ia memberi kesan kepada hati.Ia menzalimi hati dengan pandangan sedemikian menyebabkan hati menjadi gelap.

Telah melihat seorang abid dari bani israel (iaitu abid selama 500 tahun hanya beribadah sahaja) kepada seorang fasik dari bani israel yang tidak pernah taat langsung kepada Allah.Ketika mana kedua-dua mereka ini melihat satu sama lain, berpaling kedua-dua mereka dari yang lain.Ahli ibadah berpaling atas sebab keangkuhannya tehadap ahli maksiat itu.Ia menyangka Allah tidak akan mngampuninya (ahli maksiat) selama-lamanya.Dia melihat dirinya lebih bagus atas sebab ibadahnya.Ahli maksiat itu pula berpaling kerana malu terhadap Allah.Ketika mana dia berpaling dia berkata "astargfirullahal 'adzim, siapalah aku hendak bejumpa dengan oang baik lagi beribadah sedangkan aku ini orang yang fasik".Si abid tadi ianya mendapat karomah (kemuliaan) kerana ibadah yang bagus dia lakukan sehingga awan menaunginya apabila dia berjalan.Apabila datang mentari di waktu pagi, awan menaunginya.Maka apabila si abid betembung dengan si fasik tadi, kemudian berpaling kerana takkabur maka mereka berpisah.Ketika meraka berpisah awan yang berada di atas si abid itu terus meninggalkannya dan mengikuti si fasik lalu menaunginya.

Tidak dibenarkan memandang dengan pandangan penghinaan.Tidak dibenarkan kamu menghina seseorang.Hinalah maksiat tetapi jangan kamu menghina si pelaku maksiat!Hinalah kekufuran tapi jangan menghina si kafir kerana hakikat yang telah dihinakan kepada si kafir itu adalah hakikat kekufuran.Apa dia hakikat kekufuran? yakni yang mati dalam kekufuran tapi selagi mana dia masih hidup ia tidak dihinakan kerana sesungguhnya kamu tidak tahu keadaan yang bagaimana dia akan mati.Jadi kamu langsung tidak dibenarkan menghina seorang pun daripada makhluk.Ada tiga pandangan yang kita minta jauh dari Allah:

1.Melihat aurat dengan pandangan syahwat
2.Melihat dunia dengan pandangan kebesaran
3.Melihat makhluk Allah dengan pandangan kehinaan

Kita berlindung dari tiga perkara ini dengan pandangan yang akan mencurahkan cahaya pada hati ini.Pandangan ini adalah pandangan yang dibenarkan Allah untuk melihatnya dengan pandangan tafakur.Pandangan kepada :

1.Ibu Bapa
2.Ulama
3.Saudara seislam dengan kasih sayang
4.Ahli maksiat dengan belas kasihan
5.Ahli ketaatan dengan kemuliaan
6.Lembaran al Quran

Pandangan yang sebegini memberikan cahaya dalam hati.Ini dia jalan penyelesaian kepada tiga pandangan tadi yang dilarang.Hati sangat penting kerana ia tempat pandangan Allah.

-al Habib Ali al Jufree
Rasulullah SAW bersabda, بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

ha..!macam mana kawan2...kita pun serba kekurangan kan...kadang-kadang kita tak perasan,kita pun pernah bersikap macam sikap abid tersebut..mudah-mudahan kita mendapat pengajaran....dan belajar membetulkan kesilapan...yang baik itu bukanlah mereka yang tak pernah buat salah tetapi mereka yang selalu mahu berusaha membetulkan kesalahan yang dilakukan...salam..(ni artikel sebenar tanpa sebarang pengubahsuaian)..

Saturday, March 31, 2012

2012..kembali..

salam semua....

mungkin betul...sudah sampai masanya saya kembali berkongsi ilmu di sini...di blog yang pada awalnya hanya cuba-cuba...(eh...macam buat comeback pula(",)...

walaupun A B C D sudah tidak tinggal sebumbung lagi (masing-masing dah menyahut panggilan rezeki di tempat yang dihantar KPM-A di Melaka, B di Perak, C di Pahang dan D di Negeri Sembilan)..kenangan bersama adalah bekal dalam perjalanan menjadi dewasa.... insyaALLAH,jalinan persahabatan akan tetap utuh walaupun terpisah dek ruang dan waktu...amin..

..saya macam perlu kembali bertatih untuk kembali menulis..tak apa..lama-lama pasti akan ok..yeah!!!

Bagaimana kamu memandang si pelaku maksiat???

perkongsian ilmu yang pertama setelah kembali..hee=)

kita selalu anggap yang kita lebih baik daripada seseorang...tambahan lagi bila kita rasa kita lebih mengetahui daripada yang lain..kita sering terlupa,kita pun banyak buat silap...banyak buat maksiat atas bumi tuhan ini..jom kita baca cerita kat bawah ni...mudah-mudahan ada manfaat untuk kita bersama... tulisan ini ditulis oleh encik Amir Mat..(maaf,saya terlupa sumbernya dari mana)..

Kenapa kamu melihat dirimu lebih baik daripada orang lain?Berjaga-jagalah wahai orang yang menuju jalan Allah!Janganlah kamu melihat orang yang berdosa atau orang yang bemaksiat dengan pandangan kehinaan.Ia adalah merupakan suatu keadaan yang merbahaya.Pandangan seperti itu dilarang!Ia memberi kesan kepada hati.Ia menzalimi hati dengan pandangan sedemikian menyebabkan hati menjadi gelap.

Telah melihat seorang abid dari bani israel (iaitu abid selama 500 tahun hanya beribadah sahaja) kepada seorang fasik dari bani israel yang tidak pernah taat langsung kepada Allah.Ketika mana kedua-dua mereka ini melihat satu sama lain, berpaling kedua-dua mereka dari yang lain.Ahli ibadah berpaling atas sebab keangkuhannya tehadap ahli maksiat itu.Ia menyangka Allah tidak akan mngampuninya (ahli maksiat) selama-lamanya.Dia melihat dirinya lebih bagus atas sebab ibadahnya.Ahli maksiat itu pula berpaling kerana malu terhadap Allah.Ketika mana dia berpaling dia berkata "astargfirullahal 'adzim, siapalah aku hendak bejumpa dengan oang baik lagi beribadah sedangkan aku ini orang yang fasik".Si abid tadi ianya mendapat karomah (kemuliaan) kerana ibadah yang bagus dia lakukan sehingga awan menaunginya apabila dia berjalan.Apabila datang mentari di waktu pagi, awan menaunginya.Maka apabila si abid betembung dengan si fasik tadi, kemudian berpaling kerana takkabur maka mereka berpisah.Ketika meraka berpisah awan yang berada di atas si abid itu terus meninggalkannya dan mengikuti si fasik lalu menaunginya.

Tidak dibenarkan memandang dengan pandangan penghinaan.Tidak dibenarkan kamu menghina seseorang.Hinalah maksiat tetapi jangan kamu menghina si pelaku maksiat!Hinalah kekufuran tapi jangan menghina si kafir kerana hakikat yang telah dihinakan kepada si kafir itu adalah hakikat kekufuran.Apa dia hakikat kekufuran? yakni yang mati dalam kekufuran tapi selagi mana dia masih hidup ia tidak dihinakan kerana sesungguhnya kamu tidak tahu keadaan yang bagaimana dia akan mati.Jadi kamu langsung tidak dibenarkan menghina seorang pun daripada makhluk.Ada tiga pandangan yang kita minta jauh dari Allah:

1.Melihat aurat dengan pandangan syahwat
2.Melihat dunia dengan pandangan kebesaran
3.Melihat makhluk Allah dengan pandangan kehinaan

Kita berlindung dari tiga perkara ini dengan pandangan yang akan mencurahkan cahaya pada hati ini.Pandangan ini adalah pandangan yang dibenarkan Allah untuk melihatnya dengan pandangan tafakur.Pandangan kepada :

1.Ibu Bapa
2.Ulama
3.Saudara seislam dengan kasih sayang
4.Ahli maksiat dengan belas kasihan
5.Ahli ketaatan dengan kemuliaan
6.Lembaran al Quran

Pandangan yang sebegini memberikan cahaya dalam hati.Ini dia jalan penyelesaian kepada tiga pandangan tadi yang dilarang.Hati sangat penting kerana ia tempat pandangan Allah.

-al Habib Ali al Jufree
Rasulullah SAW bersabda, بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

ha..!macam mana kawan2...kita pun serba kekurangan kan...kadang-kadang kita tak perasan,kita pun pernah bersikap macam sikap abid tersebut..mudah-mudahan kita mendapat pengajaran....dan belajar membetulkan kesilapan...yang baik itu bukanlah mereka yang tak pernah buat salah tetapi mereka yang selalu mahu berusaha membetulkan kesalahan yang dilakukan...salam..(ni artikel sebenar tanpa sebarang pengubahsuaian)..

Wednesday, December 9, 2009

long time no see

selamat bercuti...
dapat posting mana,jangan lupa inform =)

Wednesday, July 29, 2009

h1n1

salam....
semoga kawan-kawan semua menjaga kesihatan diri...
marilah kita sama-sama berdoa supaya keadaan ini tidak berpanjangan..
disamping itu, marilah kita meningkatkan amalan kita..mudah-mudahan
kita diampuniNYA dan segala mal ibadat kita diterimaNYA...

Monday, July 27, 2009

mekanik akukah....!!!

tayar kereta pancit...mujur waktu itu kami sekeluarga telah selamat sampai ke rumah. bila diperiksa, terdapat paku yang terbenam dalam tayar. abah dengan abang ngah mula mengeluarkan spare tyre..mereka berdua memulakan tugas untuk menukar tayar tersebut...tiba-tiba muncullah seorang superwoman menyibukkan diri untuk memberi bantuan kecemasan...jeng...jeng...jeng....nak tengok aksi-aksi superwoman tukar tayar kereta?!! sila rujuk gambar di bawah.



..abangngah memulakan tugas..


...superwoman mula menyibukkan diri...



..boleh tahan berat juga benda ni...



..akhirnya..tayar berjaya dikeluarkan..


suspek dikenalpasti....paku oh paku...





...misi selesai.....




bukti superwoman buat keje...ngeh..ngeh..ngeh...

lihatlah minyak pada jari-jemariku....bukti yang gambar-gambar di atas bukan gimik semata-mata..hehehe

bukan sengaja pakai baju kurung tetapi adegan ini berlaku pada hari Khamis, 23 Julai 2009.. Waktu kejadian tidak dapat dipastikan dengan tepat tetapi berlaku selepas saya balik dari sekolah...Hari Khamis digalakkan memakai baju batik,jadi tak semena-mena,berbaju batiklah saya ketika menjadi superwoman...hehehe=)

pengalaman ini begitu berharga..terima kasih kepada abah dan abang ngah yang telah memberi kepercayaan kepadaku untuk belajar menukar tayar ketika pancit.....kini,aku faham siapa itu mekanik?!!!terima kasih kepada semua mekanik walau di mana anda berada kerana andalah penggerak sebenar kenderaan......terima kasih!!!!