Wednesday, December 9, 2009

long time no see

selamat bercuti...
dapat posting mana,jangan lupa inform =)

Wednesday, July 29, 2009

h1n1

salam....
semoga kawan-kawan semua menjaga kesihatan diri...
marilah kita sama-sama berdoa supaya keadaan ini tidak berpanjangan..
disamping itu, marilah kita meningkatkan amalan kita..mudah-mudahan
kita diampuniNYA dan segala mal ibadat kita diterimaNYA...

Monday, July 27, 2009

mekanik akukah....!!!

tayar kereta pancit...mujur waktu itu kami sekeluarga telah selamat sampai ke rumah. bila diperiksa, terdapat paku yang terbenam dalam tayar. abah dengan abang ngah mula mengeluarkan spare tyre..mereka berdua memulakan tugas untuk menukar tayar tersebut...tiba-tiba muncullah seorang superwoman menyibukkan diri untuk memberi bantuan kecemasan...jeng...jeng...jeng....nak tengok aksi-aksi superwoman tukar tayar kereta?!! sila rujuk gambar di bawah.



..abangngah memulakan tugas..


...superwoman mula menyibukkan diri...



..boleh tahan berat juga benda ni...



..akhirnya..tayar berjaya dikeluarkan..


suspek dikenalpasti....paku oh paku...





...misi selesai.....




bukti superwoman buat keje...ngeh..ngeh..ngeh...

lihatlah minyak pada jari-jemariku....bukti yang gambar-gambar di atas bukan gimik semata-mata..hehehe

bukan sengaja pakai baju kurung tetapi adegan ini berlaku pada hari Khamis, 23 Julai 2009.. Waktu kejadian tidak dapat dipastikan dengan tepat tetapi berlaku selepas saya balik dari sekolah...Hari Khamis digalakkan memakai baju batik,jadi tak semena-mena,berbaju batiklah saya ketika menjadi superwoman...hehehe=)

pengalaman ini begitu berharga..terima kasih kepada abah dan abang ngah yang telah memberi kepercayaan kepadaku untuk belajar menukar tayar ketika pancit.....kini,aku faham siapa itu mekanik?!!!terima kasih kepada semua mekanik walau di mana anda berada kerana andalah penggerak sebenar kenderaan......terima kasih!!!!

Saturday, July 25, 2009

..isra' mikraj...

Isra' mikraj sudah seminggu berlalu tetapi majlis-majlis ilmu yang bertemakan isra' dan mikraj masih terus berlangsung di sana sini..melalui satu ceramah yang di hadiri, terdapat beberapa perkara yang ingin dikongsi bersama teman-teman semua.Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Yeop Saidin bin Mohd Yamin:

Perkara utama yang disentuh oleh ustaz Yeop Saidin ialah berkenaan solat. Solat merupakan tiang agama,jika rosak solat seseorang, maka rosaklah seluruh amalannya.Namun begitu, ramai yang solat tetapi amalan solatnya tidak diterima. Sepuluh golongan yang termasuk tersebut adalah seperti berikut :

1) orang yang solat tetapi tidak membaca apa-apa (bacaan rosak yang solat).
2) orang yang solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3) orang yang menjadi imam tetapi tidak disukai oleh makmum.
4) anak yang lari dari jagaan ibu bapanya.
5) isteri-isteri yang suaminya marah padanya.
6) orang yang minum arak berterusan.
7) orang yang solat tetapi tidak menutup aurat.
8) pemimpin yang tidak adil lagi zalim.
9) orang yang makan riba.
10) orang yang solat tetapi masih belum mampu mengawal diri daripada kejahatan.

pada malam rasulullah melalui isra' mikraj, nabi Muhammad saw dipertemukan dengan seorang perempuan tua yang sangat bongkok sehingga hidungnya hampir mencecah lututnya. perempuan tua tersebut diibaratkan sebagai umur dunia yang sudah terlalu tua. Ustaz Yeop Saidin telah menerangkan berkenaan umur dunia seperti berikut :

"Allah telah menciptakan malaikat kemudian Allah menciptakan jin. Iblis merupakan salah satu golongan jin. iblis dan malaikat telah tinggal selama 80 tahun di dalam syurga. Allah pernah melatik iblis menjadi guru kepada malaikat selama 20000 tahun, kemudian iblis dilantik menjadi ketua malaikat selama 50000 tahun. manusia pula telah berada di alam roh selama 1000 tahun. Sewaktu iblis menjadi ketua malaikat,iblis telah diamanahkan untuk menjaga syurga selama 40000 tahun. Setelah Allah menciptakan manusia, Allah menyuruh para malaikat dan jin untuk tunduk kepada manusia. Semua malaikat tunduk kecuali iblis yang telah menyebabkan iblis dikeluarkan dari syurga dan berjanji untuk menyesatkan seluruh umat manusia.
Umur nabi Adam a.s adalah 1500 tahun. Jarak lantikan seorang nabi ke seorang nabi adalah sekurang-kurangnya 500 tahun. Bayangkanlah berapa jumlah masa yang di ambil untuk sampai kepada nabi terakhir,nabi Muhammad s.a.w. Sehinggalah sekarang, jarak masa kehadiran Islam juga sudah melebihi 1400 tahun."

Kita dapat melihat betapa usia dunia sudah terlalu tua dan semakin hampir kepada penghujungnya. kita tidak mengetahui bilakah tamatnya usia dunia kerana hal tersebut merupakan rahsia Allah swt. Adanya hari kiamat wajib dipercayai oleh seluruh umat Islam. Dunia semakin tua dan kiamat kian menjelma. Sudah bersediakah kita?fikir-fikirkanlah.....
Melalui ceramah ini juga, banyak input ilmu yang diperoleh. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat menjadi renungan kita bersama dan mengambil iktibar daripadanya.

Saya memohon kemaafan jika terdapat salah dan silap saya kepada anda semua. semoga kita sentiasa berada dalam perlindunganNya selalu.amin...

roomate oh roomate......

roomate : awak, saya dah ada tarikh...

me : ye ke!!!ha...bila?

roomate : hehe...nanti saya bg tau le

me : lor...kene tunggu lagi le ni...

roomate : insyaAllah bulan 6...

me : ok...masa tu pun ngah cuti sekolah...ramai yang dapat datang kan...

pada satu malam yang sunyi sepi.....

teeet...teet....ada satu sms dari roomate....

roomate : awak...tarikh dah dipercepatkan..

me : ha?!!!!!

roomate : cuti bulan 3 ni....

me : ha?!!!!!

roomate : betul ni...semua pihak dah setuju...

me : ha?!!!!

roomate : huhu...belum bg tau yg lain lagi ni...

me : tak pe, nanti balik kl i teman u bgtau yg lain....wah2..ni mesti bz ni...

roomate : a'ah..tengah kemas rumah.....
........................................................
......................bla...bla...bla...........

me : ok,jumpa kat maktab nanti.......

..............itulah sedikit kenangan masa roomate nak menamatkan zaman bujang bulan Mac lalu...diam tak diam, hampir lima bulan roomate sudah menjadi isteri orang... di bawah ni ada sedikit gambar-gambar masa kenduri roomate sewaktu hari pernikahan pada bulan Mac dan kenduri pada hujung bulan Mei lalu....





.....roomate sedang bersiap.....




...aku terima nikahnya...




..tanggungjawab bermula...


..

....roomate dan suami....


...roomate...housemate...classmate..



......rombongan dari maktab...5 buah kereta semuanya....



...masa untuk pulang.....


....sempat menikmati angin petang kat tepi pantai...

itulah serba sedikit kenangan sewaktu kami "berombongan" ke Melaka....selepas ini,kami menanti jemputan daripada rakan-rakan yang lain pula...buat roomate dan suami,....selamat berbahagia hingga ke akhir hayat....



observe???

alhamdulillah...setakat hari ini, observe oleh pensyarah baru selesai sekali dan guru pembimbing dua kali...minggu depan mungkin pensyarah akan datang untuk selesaikan penilaian untuk kami berempat. masa berlalu memang pantas...baru nak berkenalan dengan murid-murid,kami semua hanya mempunyai tiga minggu sahaja lagi untuk menghabiskan praktikum kali ketiga ini.huhuhu....belum sempat habis bermanja lagi...ngeeee =)

Tuesday, July 14, 2009

baru habis kene observe......

cik wang datang semalam...
hari pertama masuk kelas untuk mengajar,terus kene observe...memang pengalaman menarik....
akanku khabarkan pada dunia....sabar menanti ye,,,kawan-kawan....

........RINDU untuk A B C D bersatu...........

Sunday, July 12, 2009

lame tak jumpe

huhuhu....

saya mohon maaf pada rakan-rakan...
lama tak update blog,ada masalah dengan internet...
cerita terbaru,...
saya bersama rakan-rakan lain sedang menjalani praktikum selama enam minggu bermula 06 Julai hingga 14 Ogos 2009.
praktikum kali ini merupakan praktikum terakhir sebelum masing-masing membawa haluan sendiri tahun depan....
"dah mula ambil aura posting....."

huhuhu

Sunday, May 17, 2009

...malunye saye...

tersebutlah kisah sebuah kejadian yang boleh dikategorikan sebagi memalukan tetapi dek disebabkan muke selamba yang ditunjukkan, tak semua orang perasan...haha...kecuali my C n my D...huhuhu...

semalam, kami adakan sambutan hari guru peringkat kolej kediaman...wah...memang bergaya habis semua budak-budak asrama termasuklah org yang tengah taip blog ni...dengan baju kaler gold dan tudung kuning...(memang glamer tahap tak ingat..haha!!!),maka melangkahlah kakiku ini ke auditorium blok tesl yng letaknya jauh nun di puncak tertinggi maktab...huh..lenguh betul,tambah-tambah lagi dengan kasut tumit tinggi yang dah berzaman tak di pakai...dekat dua tahun juga tak pakai kasut tumit tinggi,memang terasa menyeksakan....tapi nak buat mcm mana,itu satu-satunya kasut yang ada...(mlm td tdo kat hostel,x bw kst lain...)...

sampai kat blok tesl,majlis berjalan lancar...wah,nampak C ngan D,memang excited betul bila dua orang kawan yang best ni datang bagi sokongan moral...tetiba C gelak-gelak..."mana bunga kasut yang sebelah lagi?"

"ha...!!!!alamak C...."...

apa lagi pecah gelak C,... D plak dh sengeh-sengeh kat sebelah C....huhuhu....

"kasut aku"...argh.....dah macam azean irdawaty dalam citer lima puluh sen...huhuhu...

huhu...seb baik pakai baju kurung...dapat juga kain baju kurung cover kasut yang dah lain sebelah ni...muke ttp maintain senyum, sengeh dan bergelak ketawa tpi dalam hati...ya,ALLAH,janganlah budak-budak ni nampak kasut aku...huhuhu...

tetibe mc majlis mengumumkan yang diriku perlu mengiringi vip..."ha...????!!!!aku ke?!!!aduh..."..

maka dengan berhati-hati beserta senyuman plastik, langkahku yang sumbang ke hayunkan jua menuruni anak tangga...aduh.....sampai depan,sekali lagi kain baju kurung berfungsi untuk menutup kasut fesyen baruku..huhuhu...

dengan muke manis yang tersangat manis,memang lakonan menjadi bila org lain semua tak perasan..(mungkin ada yang nampak tapi buat2 x phm kot...hehehe)

habis je majlis....C sergah..."maintain...kasut sebelah lain,blh lg berdiri kat depan sebelah vip..hahaha"....."C........."geram betul dibuatnya.

sampailah semua selesai...yang tau rahsia tu semalam cume C ngan D je....A pun belum tau lagi ni...biarlah A tau bile dia baca cerita ni kat sini nanti...huhu...

(oppssssss....ada satu lagi....sampai umah je....kasut yang sebelah lagi tu putus pulak....shhhhh!!!!!....hahaha.....maka tamatlah riwayat kasut yang dah lama berkhidmat pada C di kakiku....sebelah kiri hilang bunga,sebelah kanan hilang tali.....sowi C...^_"....)

walau pape pun...majlis semalam memang best...terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis tersebut....jasamu ku kenang...all da best semua...mg di berkati ALLAH selalu...terima kasih....

Saturday, May 16, 2009

..A B C D...

sepanjang kami tinggal di rumah sewa, macam-macam resepi yang kami dah cuba...sedap atau tidak tak penting..apa yang penting,kami mempelajari macam-macam cara nak memasak masakan yang sedap-sedap...bila buat sendiri, baru tau, banyak makanan yang sedap-sedap rupa-rupanya senang aje nak buat...

gambar di atas ini,.....resepi makan petang kami... ubi goreng..nyum...nyum...nyum...





wah...bila tengok gambar ni,ubi yang sedang digoreng dengan kadar kepanasan minyak yang maksimum....memang nampak menyelerakan...

makanan tradisional yang memang sedap dimakan tambah-tambah lagi bila waktu hujan dan dipadankan dengan air teh atau kopi panas...memang terangkat betul!!!

makanan yang mudah untuk dicuba dan disediakan....


gorengkan ubi yang telah disalut dengan tepung sehingga garing. sentiasa membalik-balikkan ubi supaya ubi masak sekata. bila sudah masak, bolehlah angkat ubi goreng dari dalam kuali dan dihidangkan.


gambar di bawah ini merupakan hidangan yang kami sediakan sewaktu menjemput rakan-rakan menjamu selera di rumah kami....tengok gambar pun mesti dah tahu hidangan apa kan?!!...ha...!!!betul la tu...meehoon@mee sup...












...........meehoon@mee.........................sambal kicap pedas.........................habis suda..................

kali pertama menjamu rakan-rakan, memang tak dapat dinafikan, rasa gementar memasak dalam jumlah yang banyak tak hilang dari mula memasak sehinggalah selesai..tapi alhamdulillah,.....segala-galanya berjalan lancar....

setakat ini dulu, bila-bila ada masa terluang nanti, saya upload lagi gambar-gambar makanan lain yang kami cuba sama-sama sepanjang berada di rumah sewa.... A B C D...gelaran kami di rumah yang punya makna tersendiri...jumpa lagi nanti dengan menu masakan yang lain pula......
daaa.....sampai ketemu lagi....

....kalau sayang kena cakap hari-hari....

....betul ke macam tu?dalam hidup ini,kasih sayanglah perkara yang paling penting yang perlu ada dalam diri setiap orang...tapi tidak semua orang mampu untuk mengungkapkan rasa sayangnya setiap hari....

kata A-----...sayang boleh ditunjukkan dengan pelbagai cara...mestilah kena cakap hari-hari...sebab....biarlah orang yang kita sayang terasa dimotivasikan hari-hari...(ehem..ehem...A ni dah kahwin,hehe..)...tambah A lagi seperti yang terdapat dalam salah satu maksud hadis "tak sempurna iman seseorang kalau dia tak sayang saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri"

kata B-----rasa sayang adalah suatu perasaan yang unik...tak tahu bila masa ia tumbuh dan seterusnya mekar dalam hati...tapi bila kita tahu kita mula sayangkan seseorang,..saat itu,yang ada cuma rasa bahagia..dan kita mula belajar untuk menerima segala keburukan dan kebaikan dia....rasa sayang perlu ditunjukkan hari-hari tapi tidak dengan cara ataupun dialog yang sama...bagi B, sayang biarlah rahsia...

kata C-----Kalau pada orang yang sepatutnya, perlulah di ucapkan hari-hari...tapi untuk kanak-kanak perlulah cakap pada mak dia hari-hari macam dalam iklan t.v tu.... ^_"

kata D-----sayang tu subjektif...tunjukkan rasa sayangmu melalui nasihat..., doa pun tanda sayang, walaupun kita tak ucapkan hari-hari dan orang tersebut pun tidak perlu tahu yang kita sayang padanya.

jadi macam mana pendapat anda????mungkin boleh kongsikan bersama....

...mau share sama kamu...


sepanjang lawatan di IPDA, inilah satu-satunya kenangan yang memang tak mungkin dilupakan. gambar ni merupakan gambar candid yang diambil oleh azim...ni lah adegan-adegan yang dapat di lihat...cube teka apa persoalan yang ditimbulkan sehingga terjadinya aksi-aksi seperti ini....ha..!!!!

...........jawapannye...........
soalan yang telah ditanya adalah.....

--------------SAPE NAK JELI?!-----------



ni gambar kedua yang nak dikongsikan dengan semua.....gambar kenangan bersama rakan-rakan sewaktu jamuan hari raya 2006..gambar lama yang penuh seribu satu rahsia....ha!!!!bak kata am...teeeeet...



gambar yang menyimpulkan bermacam-macam cerita... seribu satu rasa yang jadi rahsia..ada cerita kau dan aku, cerita dia dan dia, cerita kita...semuanya bersemi menjadi satu...namun yang satu itu... abadi dalam diri setiap seorang dari kita....inilah kisah tentang kita...


ini gambar ketiga....aktiviti pertama untuk tahun 2009...Perhimpunan rasmi bulanan kali pertama...sebagai seorang muslim...sama-samalah kita mendoakan saudara-saudara kita di sana...ikatan persaudaraan yang kukuh meningkatkan rasa sayang dan cinta dalam menegakkan agamaNYA...

Friday, May 15, 2009

...sejarah kita...16 MEI 2009..

bila pandang kamu,hati jadi sayu....

Tuhan....berikan aku apa yang aku perlu...bukan apa yang aku mahu....

jika KAU berikan apa yang aku mahu,mengertilah aku bahawa itulah yang aku perlu dalam hidup ini..

dan redhakanlah aku dengan ketentuanMU...

--------------------------------------------------------------------------------------------

biar selebat manapun hujan turun,

sampai waktunya kelak ia akan berhenti,

mentari akan menyinar cemerlang dan langit

pasti biru kembali,

burung-burung tentunya berterbangan

dan berkicau semula,

rerama aka mengunjungi bunga yang berkembang

dan angin akan meniup setiap inci alam

dengan belaian mesra,

cinta akan bercambah, tumbuh, mekar dan harum selamanya,

selagi ada makhluk bernama manusia..


(adaptasi dari sebuah majalah 2007)..

...SELAMAT HARI GURU...

hari ini sekali lagi semua warga pendidik meraikan hari paling bermakna dalam kerjaya kehidupan mereka...sungguh, tahun ini, kesempatan untuk diri kami meraikan hari ini terakhir kali sebagai seorang guru pelatih..tahun depan,InsyaALLAH, kami akan bergelar seorang guru..mudah-mudahan jalan yang dipilih ini sentiasa dalam jagaanNYA selalu...

SELAMAT HARI GURU...
TERIMA KASIH CIKGU...
TERIMA KASIH CIKGU...
TERIMA KASIH CIKGU....

PADAMU TERHIMPUN SEGALA ILMU,
MENGAJAR MEMBACA DAN MENGIRA,
A E I O U...
1 2 DAN 3...
SEHINGGA AKHIRNYA AKU MENJADI DEWASA..
JASA BAKTIMU TAK KU LUPA...

SELAMAT HARI GURU..

Saturday, May 9, 2009

cerita aku dan dia....

jais : .....................................................

Burung pipit : anak sapalah ni?

Jais : anak mak…memecih burung pipit yg bijak & comel, akanku jejaki ibuku…

Burung pipit : pergilah berjuang…mak mu sdg menanti kehadiranmu… Mmm,… kepulanganmu di nantikan..cian dengan mak mu…

Jais : uhuk3x….ye r…insaf dah ni…

Burung pipit : jais…jgn r nangis, nnt aku nangis same…isk3x… bersyukurlah…mu msh ade mak…isk3x…jom kite g sesame cari mak mu…

Jais : mak…mak…pipit, aku dh nmpk mak ku…mak,jais dtg mak..

Burung pipit : eh…mak mu nk g mane tu?

Jais : mane ek?!....mak..stop2x….jais ni,mak

Mak jais : opss..!!opocot…anakku…dah lama mak tunggu jais balik…uhuk3x

(akhirnya, kembalilah semula manis senyuman di wajah mereka…)

Jais : mak..mak..tolong jais mak…

Tanpa di sedari, jais telah hampir tenggelam dalam kolam air mata buatan mak nya……ish3x…dasat sggh..

Mungkinkah kepulangan yg dinanti menjadi tragedi?

Sunday, April 26, 2009

...wahai JIWA-JIWA yang TENANG...


Dia,
membawa aku jauh ke dalam diri,
melayarkan aku pada sebuah kedamaian,
menenggelamkan aku pada lautan ketenangan,
menghilangkan aku pada lembah kebahagiaan.
dan aku pula,
sering terlupa pada Dia,
biar selalu dipanggil oleh sebuah suara,
sebuah bisikan halus entah dari mana,
tapi selalu ada disini sana,
Dia memanggil kerana DIA menyeru,
aku si pelupa,
untuk kembali padaNYA,
DIA menyeru,
mari padaKU dekat denganKU,
kerana AKU tidak jauh dari hambaKU,
mari padaKU kembali denganKU,
lapangkan masamu untukKU,
pasti kesempitan tidak kau temu.
DIA menyeru dari pesanan berabad lama,
melalui kekasih penutup segala nabi dan rasul,
ditinggalkanNYA Dia,sebuah al-Quran,
berteman sunnah kekasihNYA,
pada aku dan pada kamu,
agar sampai arah dituju.
aku yang masih pelupa,
tuntunlah aku...
dia yang sentiasa setia,
pandulah aku..
DIA yang selalu kasih,
hidayahkanlah aku...
kerana padaMU segala cinta,
(..iman_2604..)
"bacalah olehmu al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya" (al-Imam Ghazali)
adab membaca al-Quran:
  • membaca dalam keadaan berwudhu'.
  • membaca dengan niat untuk mengkhatamkannya.
  • membaca dengan mentadabbur maksud ayat-ayat.
  • berinteraksi dengan ayat-ayat itu.
  • memulakan membaca al-Quran dengan ta'awuz.

(...101 doa para nabi dan rasul dalam Quran : khasiat dan kaifiat beramal,Ust Hj Zahazan Mohamed)

...renungan untukku untukmu...

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada
di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang.

Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.


Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah
orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

(...fwdMsgFromAFriend..)

Tuesday, March 24, 2009

stress?...tekanan perasaan?..tension?...


memacam perkataan yang kite gunakan untuk memberitahu orang lain betapa bz nye hidup kite...tambah2 ag dlm dunia serba canggih,moden dan ms yg makin pantas berlari ni....memane manusia pun sm...kite bz,ade org lain ag bz, kite sedih,ade org lain ag sedih, kite kecewa, ade ramai ag org yg kecewa....

kenape kite perlu merungut dengan memcm benda yg jd dlm hidup kite..
kan kite milik DIA...
DIA lebih tau ape yg terbaik untuk kite...
terimalah dengan IKHLAS..

utk kite yg selalu anggap kite ni sentiasa tensen dengan esaimennye, presentationnye,anak kucing matinye atau pa pe je sebab musabab yang membuatkan kite tension, cubalah amalkan doa ni..

bc lah doa ini selalu,..mudah2an kite sentiasa tenang dalam menghadapi ape je jalan bengkang-bengkok yg menanti di dpn...


yakin pd DIA..kerana cinta DIA lebih luas dari kemurkaanNYA...

assalamualaikum....

hmm...hehe...

tak tau nape...tetibe je g buat blog...ape?kenape?mengape?nape ek?!!!
dlm dok godek-godek kekunci laptop...acu try n error,taip pa pe yang patut...tetibe dh ada blog???
caya x caya je ni...
betul ke ni!!!hurm...

maka rasmilah shaye ada blog tepat jam1.18pm,25 mac 2009...

tp..................

...shaye budak baru nak blaja...hehe(",)
A < << B <<< C

slm slmt bkgsi ilmu...