Saturday, July 25, 2009

..isra' mikraj...

Isra' mikraj sudah seminggu berlalu tetapi majlis-majlis ilmu yang bertemakan isra' dan mikraj masih terus berlangsung di sana sini..melalui satu ceramah yang di hadiri, terdapat beberapa perkara yang ingin dikongsi bersama teman-teman semua.Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Yeop Saidin bin Mohd Yamin:

Perkara utama yang disentuh oleh ustaz Yeop Saidin ialah berkenaan solat. Solat merupakan tiang agama,jika rosak solat seseorang, maka rosaklah seluruh amalannya.Namun begitu, ramai yang solat tetapi amalan solatnya tidak diterima. Sepuluh golongan yang termasuk tersebut adalah seperti berikut :

1) orang yang solat tetapi tidak membaca apa-apa (bacaan rosak yang solat).
2) orang yang solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3) orang yang menjadi imam tetapi tidak disukai oleh makmum.
4) anak yang lari dari jagaan ibu bapanya.
5) isteri-isteri yang suaminya marah padanya.
6) orang yang minum arak berterusan.
7) orang yang solat tetapi tidak menutup aurat.
8) pemimpin yang tidak adil lagi zalim.
9) orang yang makan riba.
10) orang yang solat tetapi masih belum mampu mengawal diri daripada kejahatan.

pada malam rasulullah melalui isra' mikraj, nabi Muhammad saw dipertemukan dengan seorang perempuan tua yang sangat bongkok sehingga hidungnya hampir mencecah lututnya. perempuan tua tersebut diibaratkan sebagai umur dunia yang sudah terlalu tua. Ustaz Yeop Saidin telah menerangkan berkenaan umur dunia seperti berikut :

"Allah telah menciptakan malaikat kemudian Allah menciptakan jin. Iblis merupakan salah satu golongan jin. iblis dan malaikat telah tinggal selama 80 tahun di dalam syurga. Allah pernah melatik iblis menjadi guru kepada malaikat selama 20000 tahun, kemudian iblis dilantik menjadi ketua malaikat selama 50000 tahun. manusia pula telah berada di alam roh selama 1000 tahun. Sewaktu iblis menjadi ketua malaikat,iblis telah diamanahkan untuk menjaga syurga selama 40000 tahun. Setelah Allah menciptakan manusia, Allah menyuruh para malaikat dan jin untuk tunduk kepada manusia. Semua malaikat tunduk kecuali iblis yang telah menyebabkan iblis dikeluarkan dari syurga dan berjanji untuk menyesatkan seluruh umat manusia.
Umur nabi Adam a.s adalah 1500 tahun. Jarak lantikan seorang nabi ke seorang nabi adalah sekurang-kurangnya 500 tahun. Bayangkanlah berapa jumlah masa yang di ambil untuk sampai kepada nabi terakhir,nabi Muhammad s.a.w. Sehinggalah sekarang, jarak masa kehadiran Islam juga sudah melebihi 1400 tahun."

Kita dapat melihat betapa usia dunia sudah terlalu tua dan semakin hampir kepada penghujungnya. kita tidak mengetahui bilakah tamatnya usia dunia kerana hal tersebut merupakan rahsia Allah swt. Adanya hari kiamat wajib dipercayai oleh seluruh umat Islam. Dunia semakin tua dan kiamat kian menjelma. Sudah bersediakah kita?fikir-fikirkanlah.....
Melalui ceramah ini juga, banyak input ilmu yang diperoleh. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat menjadi renungan kita bersama dan mengambil iktibar daripadanya.

Saya memohon kemaafan jika terdapat salah dan silap saya kepada anda semua. semoga kita sentiasa berada dalam perlindunganNya selalu.amin...

No comments:

Post a Comment