Wednesday, July 29, 2009

h1n1

salam....
semoga kawan-kawan semua menjaga kesihatan diri...
marilah kita sama-sama berdoa supaya keadaan ini tidak berpanjangan..
disamping itu, marilah kita meningkatkan amalan kita..mudah-mudahan
kita diampuniNYA dan segala mal ibadat kita diterimaNYA...

Monday, July 27, 2009

mekanik akukah....!!!

tayar kereta pancit...mujur waktu itu kami sekeluarga telah selamat sampai ke rumah. bila diperiksa, terdapat paku yang terbenam dalam tayar. abah dengan abang ngah mula mengeluarkan spare tyre..mereka berdua memulakan tugas untuk menukar tayar tersebut...tiba-tiba muncullah seorang superwoman menyibukkan diri untuk memberi bantuan kecemasan...jeng...jeng...jeng....nak tengok aksi-aksi superwoman tukar tayar kereta?!! sila rujuk gambar di bawah.



..abangngah memulakan tugas..


...superwoman mula menyibukkan diri...



..boleh tahan berat juga benda ni...



..akhirnya..tayar berjaya dikeluarkan..


suspek dikenalpasti....paku oh paku...





...misi selesai.....




bukti superwoman buat keje...ngeh..ngeh..ngeh...

lihatlah minyak pada jari-jemariku....bukti yang gambar-gambar di atas bukan gimik semata-mata..hehehe

bukan sengaja pakai baju kurung tetapi adegan ini berlaku pada hari Khamis, 23 Julai 2009.. Waktu kejadian tidak dapat dipastikan dengan tepat tetapi berlaku selepas saya balik dari sekolah...Hari Khamis digalakkan memakai baju batik,jadi tak semena-mena,berbaju batiklah saya ketika menjadi superwoman...hehehe=)

pengalaman ini begitu berharga..terima kasih kepada abah dan abang ngah yang telah memberi kepercayaan kepadaku untuk belajar menukar tayar ketika pancit.....kini,aku faham siapa itu mekanik?!!!terima kasih kepada semua mekanik walau di mana anda berada kerana andalah penggerak sebenar kenderaan......terima kasih!!!!

Saturday, July 25, 2009

..isra' mikraj...

Isra' mikraj sudah seminggu berlalu tetapi majlis-majlis ilmu yang bertemakan isra' dan mikraj masih terus berlangsung di sana sini..melalui satu ceramah yang di hadiri, terdapat beberapa perkara yang ingin dikongsi bersama teman-teman semua.Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Yeop Saidin bin Mohd Yamin:

Perkara utama yang disentuh oleh ustaz Yeop Saidin ialah berkenaan solat. Solat merupakan tiang agama,jika rosak solat seseorang, maka rosaklah seluruh amalannya.Namun begitu, ramai yang solat tetapi amalan solatnya tidak diterima. Sepuluh golongan yang termasuk tersebut adalah seperti berikut :

1) orang yang solat tetapi tidak membaca apa-apa (bacaan rosak yang solat).
2) orang yang solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3) orang yang menjadi imam tetapi tidak disukai oleh makmum.
4) anak yang lari dari jagaan ibu bapanya.
5) isteri-isteri yang suaminya marah padanya.
6) orang yang minum arak berterusan.
7) orang yang solat tetapi tidak menutup aurat.
8) pemimpin yang tidak adil lagi zalim.
9) orang yang makan riba.
10) orang yang solat tetapi masih belum mampu mengawal diri daripada kejahatan.

pada malam rasulullah melalui isra' mikraj, nabi Muhammad saw dipertemukan dengan seorang perempuan tua yang sangat bongkok sehingga hidungnya hampir mencecah lututnya. perempuan tua tersebut diibaratkan sebagai umur dunia yang sudah terlalu tua. Ustaz Yeop Saidin telah menerangkan berkenaan umur dunia seperti berikut :

"Allah telah menciptakan malaikat kemudian Allah menciptakan jin. Iblis merupakan salah satu golongan jin. iblis dan malaikat telah tinggal selama 80 tahun di dalam syurga. Allah pernah melatik iblis menjadi guru kepada malaikat selama 20000 tahun, kemudian iblis dilantik menjadi ketua malaikat selama 50000 tahun. manusia pula telah berada di alam roh selama 1000 tahun. Sewaktu iblis menjadi ketua malaikat,iblis telah diamanahkan untuk menjaga syurga selama 40000 tahun. Setelah Allah menciptakan manusia, Allah menyuruh para malaikat dan jin untuk tunduk kepada manusia. Semua malaikat tunduk kecuali iblis yang telah menyebabkan iblis dikeluarkan dari syurga dan berjanji untuk menyesatkan seluruh umat manusia.
Umur nabi Adam a.s adalah 1500 tahun. Jarak lantikan seorang nabi ke seorang nabi adalah sekurang-kurangnya 500 tahun. Bayangkanlah berapa jumlah masa yang di ambil untuk sampai kepada nabi terakhir,nabi Muhammad s.a.w. Sehinggalah sekarang, jarak masa kehadiran Islam juga sudah melebihi 1400 tahun."

Kita dapat melihat betapa usia dunia sudah terlalu tua dan semakin hampir kepada penghujungnya. kita tidak mengetahui bilakah tamatnya usia dunia kerana hal tersebut merupakan rahsia Allah swt. Adanya hari kiamat wajib dipercayai oleh seluruh umat Islam. Dunia semakin tua dan kiamat kian menjelma. Sudah bersediakah kita?fikir-fikirkanlah.....
Melalui ceramah ini juga, banyak input ilmu yang diperoleh. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat menjadi renungan kita bersama dan mengambil iktibar daripadanya.

Saya memohon kemaafan jika terdapat salah dan silap saya kepada anda semua. semoga kita sentiasa berada dalam perlindunganNya selalu.amin...

roomate oh roomate......

roomate : awak, saya dah ada tarikh...

me : ye ke!!!ha...bila?

roomate : hehe...nanti saya bg tau le

me : lor...kene tunggu lagi le ni...

roomate : insyaAllah bulan 6...

me : ok...masa tu pun ngah cuti sekolah...ramai yang dapat datang kan...

pada satu malam yang sunyi sepi.....

teeet...teet....ada satu sms dari roomate....

roomate : awak...tarikh dah dipercepatkan..

me : ha?!!!!!

roomate : cuti bulan 3 ni....

me : ha?!!!!!

roomate : betul ni...semua pihak dah setuju...

me : ha?!!!!

roomate : huhu...belum bg tau yg lain lagi ni...

me : tak pe, nanti balik kl i teman u bgtau yg lain....wah2..ni mesti bz ni...

roomate : a'ah..tengah kemas rumah.....
........................................................
......................bla...bla...bla...........

me : ok,jumpa kat maktab nanti.......

..............itulah sedikit kenangan masa roomate nak menamatkan zaman bujang bulan Mac lalu...diam tak diam, hampir lima bulan roomate sudah menjadi isteri orang... di bawah ni ada sedikit gambar-gambar masa kenduri roomate sewaktu hari pernikahan pada bulan Mac dan kenduri pada hujung bulan Mei lalu....





.....roomate sedang bersiap.....




...aku terima nikahnya...




..tanggungjawab bermula...


..

....roomate dan suami....


...roomate...housemate...classmate..



......rombongan dari maktab...5 buah kereta semuanya....



...masa untuk pulang.....


....sempat menikmati angin petang kat tepi pantai...

itulah serba sedikit kenangan sewaktu kami "berombongan" ke Melaka....selepas ini,kami menanti jemputan daripada rakan-rakan yang lain pula...buat roomate dan suami,....selamat berbahagia hingga ke akhir hayat....



observe???

alhamdulillah...setakat hari ini, observe oleh pensyarah baru selesai sekali dan guru pembimbing dua kali...minggu depan mungkin pensyarah akan datang untuk selesaikan penilaian untuk kami berempat. masa berlalu memang pantas...baru nak berkenalan dengan murid-murid,kami semua hanya mempunyai tiga minggu sahaja lagi untuk menghabiskan praktikum kali ketiga ini.huhuhu....belum sempat habis bermanja lagi...ngeeee =)

Tuesday, July 14, 2009

baru habis kene observe......

cik wang datang semalam...
hari pertama masuk kelas untuk mengajar,terus kene observe...memang pengalaman menarik....
akanku khabarkan pada dunia....sabar menanti ye,,,kawan-kawan....

........RINDU untuk A B C D bersatu...........

Sunday, July 12, 2009

lame tak jumpe

huhuhu....

saya mohon maaf pada rakan-rakan...
lama tak update blog,ada masalah dengan internet...
cerita terbaru,...
saya bersama rakan-rakan lain sedang menjalani praktikum selama enam minggu bermula 06 Julai hingga 14 Ogos 2009.
praktikum kali ini merupakan praktikum terakhir sebelum masing-masing membawa haluan sendiri tahun depan....
"dah mula ambil aura posting....."

huhuhu