Friday, May 11, 2012

Petua Memudahkan Wanita Bersalin



salam semua :) selamat hari ibu buat semua ibu di dunia...kasih ibu membawa ke syurga....
sekarang ramai rakan saya yang sedang mengandung,ada yang sedang menunggu hari,tak kurang juga yang baru dapat tahu tentang berita gembira tersebut...bertuah dan beruntung sesiapa sahaja yang diberi peluang oleh Allah untuk menjadi seorang ibu...di sini saya ada dapat sedikit info tentang petua-petua bagi memudahkan ibu-ibu melahirkan....check it out!!!

Mula -mula sekali selalulah mengamalkan membaca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan. kemudian selalu-selalulah amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus terutamanya ketika hampir bersalin. Selain itu, amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat. Ada lagi,Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi. yang ini,saya pernah tengok sendiri (sepupu saya)..kulit dia bersih,sampai sekarang pun (dah 12 tahun umur dia) masih nampak kulit dia cantik...yang seterusnya boleh amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan dan makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi. Selain itu,amalkan juga minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan dan amalkannya seminggu 3 kali. Apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari. Akhir sekali, Bagi kulit bayi yang putih/ bersih, amalkan makan buah epal dan minum susu, selain meminum air soya. air soya ni memang elok tapi jangan di ambil secara berlebihan,nanti baby boleh dapat penyakit kulit sebab terlebih protein bila diambil berlebihan. 


dah macam bagi resepi pula...ehehe.....selain solat,baca Quran dan doa...usaha-usaha yang lain juga perlu tapi jangan berlebihan,lakukan secara sederhana,kerana sebaik2 sandaran hanya padaNYA...kita cuma berusaha...selamat menjadi ibu semua  bakal ibu!!..

No comments:

Post a Comment